Salam..
Semoga anda sentiasa ceria dan gembira…. Sedar atau tidak kita dah hampir ke hujung tahun 2008. Pada mninggu hadapan dah bulan terakhir dalam tahun ni.. Semoga apa apa yang anda rancang pada tahun ni dah hampir tercapai. jika tidak semua mungkin dah 60%-70% dah terlaksana.
Sudah menjadi kebiasaan jika dah nak hujung tahun ni banyak aktiviti yang dijalankan sempena musim cuti sekolah kat negara kita ni. Ada yang pergi bercuti, melangsungkan perkahwinan dan tidak dilupakan juga majlis berkahtan. Begitu meriah suasana dinegara kita ni namun jangan terlalu leka kerana ia mungkin akan membawa padah….
Sentiasalah beringat dan berwaspada kerana kata pepatah malang tidak berbau. Jangan dah terhantuk baru tergadah. Sudah sampai masanya kita merancang untuk program bagi tahun hadapan, ini akan membantu kita dalam mengawal perbelanjaan. Mungkin ada yang kata tidak perlu merancang kerana tidak mungkin kita mampu ikuti semuanya. Benar apa yang dikatakan itu namun jika anda tidak merancang mungkin masalah lebih besar akan timbul.
Contohnya jika anda mempunyai anak yang akan memasuki alam persekolahan adalah lebih baik anda merancang untuk keperluan persekolahan mereka. Jika anda gagal maka mungkin anak anda tidak dapat belajar dengan sempurna. Rancanglah untuk memudahkan anda melaksanakan tugasan.
Ada pepatah mengatakan “Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal”.
Sekian , wassalam..