Salam,
Semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Hari yang terang jangan sangka tak akan hujan….
Kita sudah pun pertengahan bulan dua, bulan ni agak istimewa kerana selang empat tahun ia akan bertambah satu hari menjadi 29. Hanya empat tahun sekali ia berlaku, satu tempoh masa yang agak panjang. Jika anda membaca buku satu jam sehari agaknya dah berapa biji buku yang akan dibaca dalam tempoh empat tahun ye??? Mungkin anda sudah menjadi pakar dalam bidang yang anda baca. Namun perkara ini akan menjadi susah jika kita tidak komited dengan apa yang dilakukan.
Perkara tersebut boleh diatasi, dengan mengunakan senjata yang anda miliki. Apa senjata itu ye?? Tak tahu ker?? Setiap tahun baru akan sentiasa disebut orang. Ya anda betul, senjata itu adalah azam, matlamat, cita-cita, target dan kehendak. Jika anda pernah baca buku karangan Dr HM Tuah, membina imaginasi cemerlang anda akan dapati setiap perkataan azam, matlamat, cita-cita, target dan kehendak mempunyai maksud tersendiri.
Jika susah sangat kita akan guna matlamat sahaja. Sememangnya anda semua sudah mengetahui perkara tersebut. Tetapi adakah anda tahu betapa hebatnya senjata matlamat ni?? Anda hanya perlu tahu cara nak gna jer… Jika tak tahu memang tak akan berguna. Dalam buku yang ditulis oleh saudara Azizi Ali seorang pakar kewangan malaysia, terdapat lapan langkah bagi menetapkan matlamat.
1. Fikirkan perkara di luar jangkauan
2. Tuliskan matlamat anda
3. Tulis dengan jelas apa yang anda mahukan dan bila anda mahukannya
4. Tulis apa yang akan anda lakukan sebagai balasan
5. Tandatangan matlamat anda
6. Pamerkan
7. Baca setiap hari
8. Beritahu kepada seluruh dunia
Terdapat tiga perkara yang berkaitan dengan penulisan dalam langkah tersebut, itu menunjukkan bahawa menulis matlamat adalah amat penting bagi mencapai kejayaan.
Dari sekarang sama-samalah kita menggunakan senjata tersebut bagi mencapai kejayaan yang kita inginkan.
Sekian, wassalam..
Senjata yang tersimpan….
Februari 11, 2009 oleh nikdin