Salam
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Pada pendapat anda mana yang lebih penting kaya atau sihat?? Tak perlu lah anda bagi tahu saya, jawab untuk diri sendiri je…
Maka akan ada berbagai-bagai jawapan yang akan diterima atau diajukan dengan berbagai alasan yang tersendiri. Namun terpulanglah kepada individu tersebut. Kekayaan amat penting bagi membantu kita untuk mendapat sesuatu yang kita hajati. Dengan kekayaan kita dapat melancong dan bercuti, makan berbagai-bagai jenis makanan, keluar bersama kawan-kawan dan bermacam-macam lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Dengan hanya mempunyai kekayaan sahaja tidak memadai kerana tanpa kesihatan segala yang anda ingin lakukan akan terbatas. Nak makan pun kena pilih, nak melancong pun terhad je.
Oleh kerana kesihatan dan kekayaan adalah sama penting maka kita perlulah berusaha untuk mendapat kedua-duanya. Sentiasa berusaha untuk mencapai impian tersebut.
Sekian wassalam…
Kesihatan dan kekayaan…..
April 8, 2009 oleh nikdin