Salam.
Semoga hari ini sangat luar biasa bagus…… mulakan hari anda dengan bertanya soalan-soalan yang positif… Ia akan membantu minda anda sentiasa ceria. Kita akan meminta orang yang menimpa musibah agar bersabar. Namun tahukah kita bahawa sabar tidak akan menjadi jika hati sendiri tidak berkata sabar. Orang luar hanya boleh bagi tahu namun yang membuat sabar adalah hati… Oleh yang demikian latih lah hati agar bersabar. Fikirlah dahulu sebelum bertindak, jika dah bertindak baru nak fikir biasanya dah terlambat.
Macam dalam cerita-cerita dalam tv tu, dah tembak orang dah bunuh dulu baru nak tanya, apa yang dapat jika bukan menyesal….. itulah gunanya sabar….
Sabar ni bukan hanya kepada orang yang terima musibah jer…. bagi orang yang senang lenang pun kena banyak sabar… Jika orang yang berduit nampak je nak beli, nampak je nak beli ha yang macam ni nak kena banyak lagi lah sabar…. kawal nafsu berbelanja tu…. Nak beli untuk bersedekah tak jadi masalah…. namun kadang-kadang ni beli pun bukan nak guna…. bila dah jadi membazir ni dah nak jadi saudara…….. elakkan lah…..
Ubah minda kita sabar tak semestina bila terima musibah…..
Sekian wasssalam….
Sabar dalam semua keadaan….
Mei 5, 2009 oleh nikdin
Dikirim dalam Ingatan | Tagged cari duit, kaya, sabar, susah | No Comments Yet
