Salam sejahtera,
Setelah hampir sebulan pada tahun 2011 ni akhirnya berjaya disiapkan satu laporan pecuma. Bukan main gembira kerana nak siapkan semua tu hampir seminggu juga. Dari mula mendapatkan isi kandungan, menulis dan mengedit, serta membuat cover dan juga letakkan tamplet untk blog.
Bagi yang baru belajar rasanya dah oklah buat masa ni. akan di tambah baikkan pada masa akan datang. Proses belajar perlu berterusan kerana semakin banyak yang kita belajar bermaksud masih banyak yang kita belum tahu. Itulah sebabnya ada pujangga menyatakan bahawa ilmu yang kita perolehi hanyalah setitik dari ilmu yang terdapat dialam yang luas ini.
Jika kita tidak bermula maka tidak akan ada pengakhiran. Oleh itu mulakan sekarang supaya kita akan berakhir dengan pilihan yang kita mahu. Bukan hanya tiba-tiba sahaja ia sudah berakhir, tanpa kita mulakan apa-apa. Guanakanlah kuasa bayi yang masih tertanam didalam diri kita untuk meraih kejayaan. Kuasa ini biasanya menjadi pendorong kita untuk berjaya. Namun sekarang kuasa ini seupama dipinggirkan kerana pelbagai alasan. Paling biasa kita dengar ialah “apa yang orang akan kata nanti”, biarkanlah apa orang nak kata jika ia masih tidak menyalahi undang-undang dunia dan alam maka anda tidak perlu hiraukan mereka.
Mereka hanya pandai berkata namun tidak pernah membantu anda untuk mencapai kejayaan, malah lebih suka mengkritik tanpa memberi cadangan. Hidup anda adalah tanggungjawab anda, untuk berjaya atau gagal anda yang tentukan. Pilihlah yang terbaik bagi menhasilkan masa depan yang cemerlang.
Sekian
PS: Anda berminat dengan laporan percuma ini? dapatkan segera di



