Feeds:
Kiriman
Komentar

Salam
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Pada pendapat anda mana yang lebih penting kaya atau sihat?? Tak perlu lah anda bagi tahu saya, jawab untuk diri sendiri je…
Maka akan ada berbagai-bagai jawapan yang akan diterima atau diajukan dengan berbagai alasan yang tersendiri. Namun terpulanglah kepada individu tersebut. Kekayaan amat penting bagi membantu kita untuk mendapat sesuatu yang kita hajati. Dengan kekayaan kita dapat melancong dan bercuti, makan berbagai-bagai jenis makanan, keluar bersama kawan-kawan dan bermacam-macam lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Dengan hanya mempunyai kekayaan sahaja tidak memadai kerana tanpa kesihatan segala yang anda ingin lakukan akan terbatas. Nak makan pun kena pilih, nak melancong pun terhad je.
Oleh kerana kesihatan dan kekayaan adalah sama penting maka kita perlulah berusaha untuk mendapat kedua-duanya. Sentiasa berusaha untuk mencapai impian tersebut.
Sekian wassalam…

cover-main
Salam,

Team Flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk “Pakej Lengkap Rahsia 10K” yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai “blueprint” untuk mendapatkan RM10K sebulan.

Blueprint untuk mendapatkan RM10K ini merupakan blueprint sebenar yang digunakan oleh Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 walaupun pada ketika itu Adly sedang menunggu keputusan SPM keluar.

Pakej Rahsia 10K ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan antara pakej yang paling lengkap kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan dari e-book, video dan mp3 interview khas untuk Rahsia 10K ini.

Pakej Lengkap Rahsia 10K ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k – Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k – Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k – Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)

Harga yang diletakkan oleh mereka iaitu RM47 juga agak rendah buat masa ini dan rasanya mereka perlu meletakkan harga lebih tinggi lagi kerana pakej Rahsia 10K ini sangat lengkap untuk anda semua. Tahniah untuk Flarebiz kerana telah membuatkan perniagaan internet ini semakin mudah untuk semua orang!

Dapatkan segera sebelum harga Pakej Lengkap Rahsia 10K ini naik dua atau tiga kali ganda selepas ini! Dapatkan segera dengan klik disini sekarang juga!

Sekian wassala.

Senjata yang tersimpan….

Salam,
Semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Hari yang terang jangan sangka tak akan hujan….
Kita sudah pun pertengahan bulan dua, bulan ni agak istimewa kerana selang empat tahun ia akan bertambah satu hari menjadi 29. Hanya empat tahun sekali ia berlaku, satu tempoh masa yang agak panjang. Jika anda membaca buku satu jam sehari agaknya dah berapa biji buku yang akan dibaca dalam tempoh empat tahun ye??? Mungkin anda sudah menjadi pakar dalam bidang yang anda baca. Namun perkara ini akan menjadi susah jika kita tidak komited dengan apa yang dilakukan.
Perkara tersebut boleh diatasi, dengan mengunakan senjata yang anda miliki. Apa senjata itu ye?? Tak tahu ker?? Setiap tahun baru akan sentiasa disebut orang. Ya anda betul, senjata itu adalah azam, matlamat, cita-cita, target dan kehendak. Jika anda pernah baca buku karangan Dr HM Tuah, membina imaginasi cemerlang anda akan dapati setiap perkataan azam, matlamat, cita-cita, target dan kehendak mempunyai maksud tersendiri.
Jika susah sangat kita akan guna matlamat sahaja. Sememangnya anda semua sudah mengetahui perkara tersebut. Tetapi adakah anda tahu betapa hebatnya senjata matlamat ni?? Anda hanya perlu tahu cara nak gna jer… Jika tak tahu memang tak akan berguna. Dalam buku yang ditulis oleh saudara Azizi Ali seorang pakar kewangan malaysia, terdapat lapan langkah bagi menetapkan matlamat.
1. Fikirkan perkara di luar jangkauan
2. Tuliskan matlamat anda
3. Tulis dengan jelas apa yang anda mahukan dan bila anda mahukannya
4. Tulis apa yang akan anda lakukan sebagai balasan
5. Tandatangan matlamat anda
6. Pamerkan
7. Baca setiap hari
8. Beritahu kepada seluruh dunia
Terdapat tiga perkara yang berkaitan dengan penulisan dalam langkah tersebut, itu menunjukkan bahawa menulis matlamat adalah amat penting bagi mencapai kejayaan.
Dari sekarang sama-samalah kita menggunakan senjata tersebut bagi mencapai kejayaan yang kita inginkan.
Sekian, wassalam..

 

Salam..

Semoga anda sentiasa ceria dan gembira. Anda perlu mulakan sekarang apa saja yang anda fikirkan. Saya baru saja jumpa satu laman web yang cukup bagus bagi anda yang suka menonton youtube.

Tahukah anda bahawa dengan menggunakan youtube anda boleh menambah pendapatan??? Saya pun pada mulanya tak percaya, namun setelah mendapat kan pakej tersebut memang tidak mustahil. Dengan kaedah yang diterangkan melalui video saya pasti anda akan dapat melakukan nya dengan lebih baik.

Jangan lengahkan masa terus klil pada baner di bawah ini untuk keterangan  yang lebih…


Sekian wassalam…

Kenapa nak kaya????

 

Salam

Semoga anda sentiasa ceria. Tambahan lagi masih di minggu pertama tahun baru 2009. Jadikan tahun ni yang terbaik untuk anda dan keluarga.

Kenapa nak kaya? Mungkin anda pernah dengar pertanyaan tersebut atau anda sendiri terfikir perkara itu. Kenapa ye?? Ia tidak sama kepada setiap orang. Jika kita tanya kepada orang yang dah tinggal kat rumah mewah dengan orang yang tinggal kat pondok buruk. Pasti jawapan yang berbeza akan diperolehi.

Namun kekayaan adalah perlu kepada setiap orang, sama ada kaya harta, kaya ilmu, kaya dengan senyuman dan macam-macam lagi kaya. Tidak salah untuk anda menjadi kaya, kerana dengan itu anda dapat membantu orang yang memerlukan terutamanya ahli keluarga sendiri. Bagi umat islam dengan menjadi kaya anda akan dapat menyumbang terhadap ekonomi negara melalui zakat yang  dikeluarkan. Oleh itu anda perlu menjadi kaya, jadikan salah satu agenda anda pada tahun ini untuk meningkatkan ekonomi yang lebih baik.

Bagaimana nak kaya ye??? Ini lah masalah yang sukar nak di nyatakan, yelah jika anda berada di Malaysia bermacam-macam cara ada untuk anda menjadi kaya. Anda boleh memulakan perniagaan ( semua orang kata 9/10 rezeki adalah melalui perniagaan), anda juga boleh menjadi penulis bebas. Hantarkan karya anda ke majalah atau akhbar dan dapatkan bayaran. Menerbitkan hasil penulisan anda juga merupakan permulaan yang bagus. JIka anda berminat dengan hartanah anda boleh buat harta melaluinya. Jadi penceramah bebas dalam bidang anda pun peluang yang terbuka.

Paling penting anda mulakan dari perkara yang anda minat kerana ia akan membuatkan anda gembira melakukannya.

Bagi mendapatkan lebih maklumat anda boleh klik disini.

Sekian wassalam..

Tahun baru

 

Salam….

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Jadikan tahun baru ini sebagai permulaan yang baik untuk anda berjaya. Seperti selalu apabila tiba tahun baru maka kita akan ditanya apa azam tahun ni?? Adakah msih sama dengan azam tahun lepas??

Bagi saya azam tahun ni sama atau tidak bukan menjadi masalah. Ini kerana azam yang kita buat tidak semestinya dilaksanakan dalam satu tahun. Kita mungkin membuat perancangan bagi tempoh 2 atau 3 tahun. Jika boleh dilaksanakan dalam masa yang lebih singkat itu lebih bagus.

Jadi teruskan usaha anda dengan azam baru atau lama, namun lakukan sedikit pembaharuan agar mengikut keperluan semasa. Jika anda peniaga mungkin tahun ini anda boleh memgembangkan perniagaan anda menggunakan kaedah yang lebih baik. Jika anda seorang pelajar yang bakal memduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM atau STPM, mulakan perancangan untuk berjaya. Jangan tunggu hingga saat-saat akhir.

Mulakan dengan fokus utama iaitu matlamat anda, ingin  mendapat keputusan yang cemerlang. Jika boleh cuba lebih spesifik seperti saya ingin mendapat 9A dalam PMR. Itu akan membuatkan minda anda bekerja lebih keras bagi mencapai matlamat tersebut.

Merancanglah untuk berjaya kerana jika tidak merancang, anda merancang untuk gagal.

Sekian wassalam.

Azam baru dah ada ke??

Salam,
Semoga anda semua sihat dan ceria. Selamat hari raya korban bagi semua umat islam. Hayatilah setiap peristiwa yang berlaku sempena ibadah korban ni.
Sudah hampir kepenghujung tahun 2008 adahak segaral azam yang dulu dah terlaksana?? Jika belum sempurna semuanya boleh dibawa ke tahun 2009. Itulah penting nya ada perancangan agar kita dapat tahu perkembangan program yang kita jalankan.
Lakukan yang terbaik dan cemerlang bagi tahun ini, masih belum terlambat untuk anda meneruskan usaha. mulakan sekarang dan teruskan ketahun 2009.
Azam yang baru boleh mula di buat, rancang mengikut kesesuaian jangan mengikut nafsu. Apa yang anda telah rancang perlulah boleh diubahsuai mengukut keadaan jangan terlalu rigid dengan rancangan anda. Perubahan perludilakukan jika perlu, ini kerana kita hanya merancang hanya Yang Maha Kuasa akan menentukan kejayaannya.
Sekian, wassalam.

Dah hujung tahun…

Salam..

Semoga anda sentiasa ceria dan gembira…. Sedar atau tidak kita dah hampir ke hujung tahun 2008. Pada mninggu hadapan dah bulan terakhir dalam tahun ni.. Semoga apa apa yang anda rancang pada tahun ni dah hampir tercapai. jika tidak semua mungkin dah 60%-70% dah terlaksana.

Sudah menjadi kebiasaan jika dah nak hujung tahun ni banyak aktiviti yang dijalankan sempena musim cuti sekolah kat negara kita ni. Ada yang pergi bercuti, melangsungkan perkahwinan dan tidak dilupakan juga majlis berkahtan. Begitu meriah suasana dinegara kita ni namun jangan terlalu leka kerana ia mungkin akan membawa padah….

Sentiasalah beringat dan berwaspada kerana kata pepatah malang tidak berbau. Jangan dah terhantuk baru tergadah.  Sudah sampai masanya kita merancang untuk program bagi tahun hadapan, ini akan membantu kita dalam mengawal perbelanjaan. Mungkin ada yang kata tidak perlu merancang kerana tidak mungkin kita mampu ikuti semuanya. Benar apa yang dikatakan itu namun jika anda tidak merancang mungkin masalah lebih besar akan timbul.

Contohnya jika anda mempunyai anak yang akan memasuki alam persekolahan adalah lebih baik anda merancang untuk keperluan persekolahan mereka. Jika anda gagal maka mungkin anak anda tidak dapat belajar dengan sempurna. Rancanglah untuk memudahkan anda melaksanakan tugasan.

Ada pepatah mengatakan “Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal”.

Sekian , wassalam..

Berbeza ke???

Salam…

Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria. Wah sekarang ni dah masuk musim exam, kat negara kita ni sekarang telah bermulanya 2 exam besar SPM dan STPM. Semoga semua pelajar pada tahun 2008  ni akan berjaya dengan cemerlang.

Semasa exam semua palajar berdebar-debar, makin tambah berdebar semasa hendak menggambil keputusan nanti. Akan ada yang gembira namun ada juga yang kecewa. Namun semua itu perlu di terima dengan tenang. Jika kita dah berusaha dengan bersungguh-sungguh maka kejayaan adalah milik kita, namun jika ia tidak berlaku selidikilah apa yang telah kita lakukan. Mungkin ada sedikit masalah yang kita tidak sedar, maka Allah ingin menyedarkan kita dengan dugaan ini.

Jangan berputus asa teruskan usaha sehingga berjaya. Jika kita tidak berusaha kejayaan adalah sukar. Sama juga antara orang yang berilmu dengan tidak berilmu. Jika kita perhatikan ada perbezaan antar kedua-duanya. Jika orang yang tahu berkaitan dengan memasak disuruh membaiki kereta maka bersedialah untuk menerima kesan yang buruk. Akan bertambah rosaklah kerete tersebut.

Setiap yang berlaku ada perbezaannya, kita cuma perlu kaji dan perhatikan apakah perbezaan tersebut agar kita dapat membuat pilihan yang terbaik.

Sekian wassalam.

Hijaukan bumi….

Salam….

Dah beraya sakan nampaknya… Maklumlah Sebulan berpuasa..

Semoga anda sentiasa sihat dan semangat ramadan masih ada dan sentiasa kekal…. Sekarang ni memang ramai yang menganjurkan rumah terbuka, marhaban dan berbagi-bagai program sempena meraikan hari raya. Adalah sangat mulia kita menganjurkan program-program tersebut, kerana ia dapat mengeratkan lagi selaturahim. Namun dalam kemeriahan ini hendaklah kita sentiasa ingat agar jangan membazir. Anggaplah setiap makanan yang dibuang itu adalah duit, mana ada orang yang nak buang duit kan.

Tahukah anda bahawa pada setiap tahun bulan Oktober adalah bulan menghijaukan bumi??? Tentu anda adalah orang yang perihatin. Tanamkan azam dalam diri kita agar menanam sekurang-kurangnya sepohon pokok bunga di halaman rumah. Bagi yang tak ada halaman dalam rumah pun kira dah ok. Kita tahu bahawa pokok adalah sumber oksigen yang utama, jika pokok semakin kurang maka bekalan oksigen akan berkurang. Jangan jadikan oksigen yang percuma pada masa ini terpaksa dibayar pada masa akan datang. Bersyukurlah kerana ALLAh telah memberikan banyak yang percuma… 

Namun jika sesuatu itu adalah percuma maka kita kurang menghargai….. Betul kah ini????

Sekian, wassalam….

« Kiriman-Kiriman Berikutnya - Kiriman-Kiriman Sebelumnya »